Sunday 11 March 2018

PASAR MALAM

Hai aku mengepos lagi untuk kesekian kalinya haha! Tadi aku pergi pasar malam yang dekat Econsave Bangi tu dengan member seuniversiti aku. Situ banyak juga ah pilihan makanan. Macam-macam. Pada yang belum berkesempatan pergi sana , in shaaAllah ada rezeki aku memang nak buat entry pasal pasar malam ni sebelum aku grad. Doakan aku ya! Aku ada harapan besar mahu buat travelog video aku sepanjang di sini walaupun ada juga rasa segan di hati. Yalah, macam tidak layak pun ada haha.

Sepanjang aku study di sini, banyak lah perkara baru yang aku nampak dan pelajari. Antaranya pasal peminta sedekah dan gelandangan. Setiap kali aku pergi di mana-mana tempat di area semenanjung ni, banyak weh bilangan mereka ni. Aku tak menyalahkan mereka seratus peratus untuk jadi macam tu sebab mungkin ada sebab yang tersendiri mengapa diorang jadi macam tu kan? Dan aku rasa kamu tahu juga yang ada antara diorang ni berpura-pura meminta sedekah dan terikat dengan sindiket.

Bukannya mahu fitnah tapi kos aku ni banyak buat kajian pasal ni dan hasil kajian tu macam-macam. Kami juga dinasihatkan supaya tidak bagi diorang ni duit time diorang minta sedekah. Teka kenapa? Sebab bila kami bagi duit, seolah-olah kami memberi galakkan untuk diorang terus meminta sedekah, sedangkan ada cara lain yang lebih baik untuk diorang ni. Setahu aku, dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kita untuk meminta-minta. Jika ada kudrat yang mampu bekerja, kita kena bekerja. Mungkin ayat aku nampak macam kejam sikit tapi itulah realiti yang mesti diterima.

Pada aku juga, aku tidak menyalahkan kamu yang bagi diorang ni duit. Mungkin anda antara diorang ni yang betul-betul perlukan duit. Cuma kalau korang nampak ada yang tidak bagi tu, mungkin diorang juga berada di situasi yang sama dengan aku. Tipulah kalau aku tidak rasa simpati dengan diorang. Tipulah kalau aku tiada rasa mau bagi duit. Semua itu ada . Aku tahan dan hanya mampu berdoa agar semuanya baik-baik sahaja.

Kita tidak mahu ada saudara mara kita yang papa atau miskin tegar. Ada saluran yang betul untuk kita bantu mereka ini. Kami diajar supaya bila keluar nanti dan jadi pekerja sosial , kami kena bantu masyarakat untuk berkefungsian sosial. Maksud  aku , kalau mereka miskin... Bantu mereka untuk menjadi orang yang mampu menyara keluarga dengan  cara yang betul. Bukan asyik menyuap mereka makan setiap hari. Mula-mula rasa macam kejam, tapi akhirnya nanti kita faham kenapa sewajarnya begitu. Kita mahu orang kita berusaha sehabis baik untuk hidup. Bukan hanya menadah tangan dan meminta-minta sahaja untuk meneruskan kehidupan.

Tapi. Jangan ingat semua peminta sedekah atau orang susah ini sengaja menjadi begitu. Tidak. Tadi aku terbaca satu post di FB pasal seorang pak cik yang dibiarkan anaknya. Dia punya anak 3 orang tak silap. Semuanya sudah berkahwin. Namun tiada seorang pun yang sanggup menjaganya. Aku tak tahu sebenarnya mahu cakap apa. Ini memang kasihan. Sebab tu aku cakap tadi, aku tak kisah sangat kalau korang bagi peminta sedekah ni bantuan. Sebab ada antara diorang ni memang betul-betul susah dan memerlukan. Aku tulis ni , bukan mahu menghasut kalian untuk menghentikan sedekah korang. Eh jangan ya berhenti bersedekah! Teruskan bersedekah, tapi berpada-pada. Berikan pada yang sepatutnya. Korang sendiri boleh berfikir dengan sebaiknya.

Inilah antara dilema aku, yang aku hadapi sejak beberapa tahun ni. Aku saja tulis dalam blog ni. Mungkin bila ada yang terbaca blog ni, sekurang-kurangnya dapat merubah persepsi terhadap orang yang dalam situasi aku ni. Haha. Serius, aku manusia biasa macam korang juga dan aku rasa korang pun faham apa yang aku rasa bila berhadapan dengan benda ni semua. Kita nak yang terbaik untuk masyarakat, ada perkara yang kita kena korbankan, antaranya macam ni lah. Mengorbankan rasa 'kasihan' supaya sindiket ni tidak menjadi-jadi.

Ok itulah catatan untuk sepanjang hari ni. Doakan aku ya dapat merealisasi impian untuk buat travelog video aku tu sebelum grad (as I mention before). Yang pentingnya esok tak ada kuliah yeayyy! Tapi tetap ada assignment yang aku kena settlekan. Hahaha. Bye korang!

Thank you sudi baca blog I yang tak seberapa ni.

No comments: