Friday 9 March 2018

AKU DAN 2017

Assalamualaikum korang!
Untuk tahun 2018, ini lah post pertama aku. Tapi yang ni aku nak cerita memori 2017 yang sebenarnya sangat-sangat bermakna buat aku. Ya Allah bersyukur sangat walaupun ada juga yang pahit.

First of All. Tahun 2017 aku dibuka dengan aku kenal someone yang aku tidak sangka pun boleh kenal. Mungkin sedikit sebanyak ada merubah diri aku dan aku juga dikhabarkan dengan sesuatu perkara yang mengejutkan. Dulu aku menasihati orang supaya move on dengan takdir Allah dan akhirnya aku diuji dengan apa yang aku katakan. Ya. Move on tu bukan mudah. Dari peristiwa tu aku belajar macamana mahu redha. Walaupun sukar, aku cuba.

2. HIKING

Ini pengalaman pertama aku hiking. Mula-mula aku macam mahu tidak mahu jak pergi mendaki tapi last-last bila sudah ada pengalaman, jadi addicted. Best apa. Tempat mula-mula aku hiking tu Gunung Angsi, Negeri Sembilan. Sebenarnya untuk beginner, paling bagus cuba daki bukit rendah-rendah dulu. Tapi aku masa tu join trip budak-budak USIM, so aku terjah ja sesuka hati. Tanya member lain yang ada pengalaman. Search di google semua. Aku memang noob masa tu. Tidak tahu apa-apa. Bayangkan aku jogging pun round stadium Uni jak. hahaha. Sehari sebelum hiking. Lepas tu, habis kaki kami. Rasa lain macam.

3. SCHOLARSHIP

Bercerita tentang biasiswa ni, aku bukanlah seseorang yang bernasib baik macam member-member yang lain. Memang menanti lama juga aku dengan biasiswa ni dan banyak kali permohonan aku kena reject. (3-4 kali tu banyak lah tu kan).  Mula-mula aku mohon BKNS, rejected. Lepas tu kena panggil interview Yayasan Peneraju, pun sama juga cerita dia. Isi JPA, alhamdulillah permohonan aku masa tu diterima. Tiba-tiba ada problem di tengah jalan, alamat JPA aku silap dan aku kena ubah di website diorang. Masa tu, aku pun tidak pasti kenapa aku macam kurang bersungguh-sungguh buka website tu dengan segera. Aku tunggu beberapa hari pastu aku pun cuba betulkan alamat dan rupanya sampai sudah due date untuk kemaskini. So aku macam whaaaatt?! kecewa Allah ja tahu. Risau betul sudah masa tu. Serius. Aku betul-betul rasa pandangan aku kelam. Gelap. Sebab selama ni aku bergantung dengan pinjaman Yayasan negeri. Memang kalau diikutkan , cukup-cukup makan. Dan aku memang tidak mahu meminjam lagi. Ya. JPA bukan full scholarship tapi at least ada jalan keluar. Bila kita kerja dengan government lepas graduate, maka hutang tu memang tukar jadi biasiswa. So itulah aku fikir. Tengah aku kusut berfikir,tiba-tiba terdetik hati aku buka emel. And guess what? permohonan aku BKNS diterima ! Masha Allah ! Rupanya ada hikmah semua ni terjadi. Allah tidak bagi aku JPA, Allah gantikan sesuatu yang lebih baik. Bersyukur sangat.

4. JOIN MOTIVATIONAL TALK

Aku memang ada cita-cita mahu bagi talk depan orang. Talk motivasilah tapi. Masa sem 2 , Uni aku ada buat pertandingan talk motivasi ni. Aku macam segan mula-mula tapi aku cabar diri aku join. Lama juga aku fikir mahu bagi talk pasal apa. Sebab aku rasa semuanya cliche hahaha. So hmm. Last-last minit tu baru aku terfikir satu idea. Aku buat talk pasal conquer. Maksudnya , aku pilih tajuk ni untuk bagi motivasi dengan orang-orang yang sedang down untuk menguasai diri diorang. Aiseh. Peserta yang memang wakil uni pergi UTHM tidak silap. Masa tu aku kalah dan of course au tidak terpilih ke Johor. Tidak apalah. Mereka lagi layak.

5. SESI TEMU BUAL DENGAN PELATIH CCRC (PUSAT SERENTI)

Pasal ni kan, aku sebenarnya ada rancang mau tulis pasal ni sebab memang menarik cerita budak ni. Menarik. Aku bukan mahu aibkan, tapi aku just mahu bawa satu positive vibes untuk kita rasa bersemangat dalam hidup. Bila aku involve dengan kos ni, Allah banyak sedarkan aku tentang rasa syukur dengan apa yang Allah bagi. Rezeki keluarga bahagia. Ibu bapa yang prihatin. Aku rasa selama ni aku banyak jak tidak bersyukur. Selalu membandingkan rezeki yang Allah bagi dengan orang lain, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

Masa iv diorang ni, macam-macam cerita kita boleh dengar. Luahan. Kasihan sangat. Diorang involve dengan dadah ada segala macam sebab. Dan ya, diorang memang menyesal. Once seseorang tu sudah terlibat dalam dadah, susah sudah mahu lari. Susah sudah mahu elak. Ketagih tahap gila-gila. Tapi itulah , jangan sesekali hampiri. Penagih yang berjaya berubah itu pun jumlahnya sedikit. Maksud aku yang totally berubah. Sedikit jak jumlahnya. Kebanyakkannya, hari ini berubah esok menagih lagi.

Mostly diorang ni sebenarnya ada family problem. Mak ayah bercerai. Kekurangan perhatian ibu bapa dan bermacam lagi masalah yang menjadi penyebab diorang involve dengan dadah.

6. JADI MODERATOR FORUM

Aku sebenarnya bukan first time berforum. Pernah sekali dulu masa form 6 ada pertandingan tapi aku bukan jadi moderator la. Jadi forumer jak. Tapi last year , aku  diminta jadi moderator dan aku macam terkejut la juga hahaha. Sebab aku tiada pengalaman. So aku cuba lah buat yang terbaik. Forum tu pasal dadah juga, dan ahli forum semua hebat-hebat. Berdebar rasa! Dr. Rahim Kamaluddin (Pensyarah Selebriti) , bekas penagih berjaya dengan seorang wakil AADK. Masa ni memang aku tawakkal sangat dan alhamdulillah everything was okay!

7. HIKING BUKIT BATU PUTIH, PORT DICKSON

Ya ni kedua kali aku hiking dan tempat ni juga best dan cantik viewnya. Aku join program ISIUKM dan memang sangat bermanfaat. Ada sesi tazkirah lagi tau lepas kami daki bukit tu. Aku rasa mahu join lagi kalau ada program macam ni. Sekurang-kurangnya tidaklah kosong kita join program tu kan?

Eh lupa. Masa ni juga aku dapat kenal member baru . Kehkeh.

Seingat aku inilah memori yang terlakar dalam tahun 2017 yakni tahun lepas! Alhamdulillah. Allah panjangkan lagi usia ini sampai ke hari ini. Segala rezeki, kejayaan yang aku kongsi ni bukan tujuan mau show-off ya. Just mau kongsi seja. Sebab aku yakin, kamu punya memori lagi best dan menarik kan. Aku harap, untuk 2018 ni aku mampu untuk buat yang terbaik dalam segala hal dan mampu melakar memori yang indah-indah. InshaaALLAH ada rezeki aku menulis lagi sebab semakin busy sudah. Sekarang pun sudah semester 4. Hampir ke penghujung pengajian sudah. Doakan ya supaya aku dapat buat yang terbaik untuk habiskan pengajian ni.

K. Aku chow dulu.

No comments: