Saturday 11 November 2017

Tips kurus dengan sihat!


Hi korang.

Hujung-hujung minggu ni buat apa ja?

Aku macam ni jaa. Stay dalam bilik. Buat assignments, rehat-rehat and buang masa. Sangat tak bagus yang last tu. Haha. So, untuk mengelakkan aku terus-terusan dengan dunia kemalasan, aku cuba cari masa sikit untuk selalu update blog ni. Nak bagi dia bersinar gemerlapan setelah tenggelam haritu.

So topik yang aku rasa best untuk cerita hari ini ialah tentang berat badan. Korang pun tahu kan, isu berat badan ni tak pernah tak hot. Aku rasa, benda ni takkan pernah tenggelam punya. Percayalah. Semua kan nak cantik. Kurus. Bergaya apa semua. Memang takkan lah orang berdiam diri.

Tapi kan, cantik ni subjektif. Tak semestinya kau gemuk dan berisi kau hodoh. Tak. Tak. Itu salah. Sudah namanya subjektif, maka kecantikan tu sebenarnya dinilai berdasarkan bagaimana kita menilai sebuah kecantikan. Cumanya, kita perlu kurus untuk sihat. Pastikan kita kurus dengan kesihatan yang baik. Ada juga yang bermati-matian kurus tapi sebenarnya dalamannya merana. Eh jangan begitu tau!

Aku seorang yang sangat suka tentang eksperimen. Walaupun aku punya markah subjek sains dulu tidaklah sehebat mana. Hahaha. Aku nak cerita dengan korang semua tentang eksperimen aku baru-baru ni tentang berat badan. Aku ni tak ada lah gemuk mana pun, sederhana ja cuma kalau aku ni kan, jenis yang bila berat badan naik 2-3 kilo so aku jadi pemalas. Tak tahu la kenapa. Lemak-lemak yang melekat tu seperti virus yang melemahkan aku. Tak suka sangat.

Aku akan banyak tidur.

Kalau berjalan kaki cepat letih. Aku ni suka jalan kaki laju-laju. Kihkih. *kesian kawan yang selalu kena tinggal. Sorry awak :(

Lepas tu, aku akan cepat mengantuk. Tak suka lagi-lagi time kelas.

Tenaga time solat pun tak berapa nak best.

Cepat semput. Dahlah aku ni setiap hari kena naik turun tangga.

Dan banyak lagi. Kesimpulannya banyak effect yang kurang baik bila berat badan aku naik mendadak.

Aku cari lah jalan macamana nak maintain kurus tapi dengan sihat. Aku tak nak pil-pil tu semua. Aku tak suka. So aku buat research sendiri. Aku manfaatkan sepenuhnya media sosial yang aku ada. Cari sampai lubang cacing. Hiyaaaaaaa.

And finally I found it!

Coach Nickhin Hussien!

Ni untuk tips-tips pemakanan


Aku rasa dah ramai yang tahu ni. Tapi bagi yang belum tahu dan sangat  nak tahu, ni hah aku bagitahu.

BERAT AKU SEIMBANG, TAPI AKU NAK KURANGKAN SIKIT JE LAGI UNTUK RINGANKAN SIKIT BADAN.


Aku pilih coach ni sebab based on tips-tips pemakanan dia , kita still boleh makan nasi. Cuma kuantitinya sedikit lah. Segenggam macam tu. Dan pastinya untuk kurus tak perlu berlapar sampai rasa nak mati! Hahaha. Kasar gila kan ayat aku. Maaf-maaf. Tapi benda ni betul.

Diorang ni ada dua akaun instagram. Satu akaun utama dan yang satu lagi akaun untuk tips-tips pemakanan (macam yang aku tunjuk kat atas tu). Dalam tu coach akan postkan semua gambar-gambar makanan yang sihat. Aku tengok pun makanan tu macam sedap walaupun makanan sihat. So, rajin-rajin silalah scroll insta mereka ini. Banyak input menarik.


Contoh testimoni 1

Contoh testimoni 2


Mesti akan ada yang cakap, “susah la nak cari brown rice apa semua tuh!” . Sabar-sabar tuan-tuan dan puan-puan. Anda tidak keseorangan. Aku pun sama masa mula-mula tu. Mana aku nak cari benda-benda tu semua dengan aku ni yang tinggal di hostel tak boleh masak ni. Dont worry! Anda boleh je tukar dengan makanan yang sama fungsinya dengan brown rice. Contohnya roti gardenia 100%  Wholegrain tu. Boleh tukar dengan ni. Jimat dan murah. Aku pun buat benda yang sama. Aku beli yang ini ja. Yang penting pilih roti yang karbo kompleks berserat. Makanan macam ni akan meningkatkan metabolism dalam badan kita. Terus memberi tenaga terus-terusan dan kita akan cepat kenyang. Paling bagus untuk perempuan ambil 2 keping ja sebagai main meal dan lelaki 3 keping. So, nanti pandai-pandailah nak bagi roti ni sedap. Cecah dengan ikan steam ka. Yang penting bahan-bahannya sihat !

Aku actually tak join pun secara rasmi personal coaching dia ni, Cuma aku suka scroll insta nickhin hussien ni dan ikut je tips-tips yang diorang kasi. Eksperimen aku bermula apabila aku ternampak ada 4 fasa diet yang effective. Fasa pertama tu aku perlu skip makanan bergoreng. OMG! Agak susah tapi aku cuba. Dan guess what? Percubaan aku ni BERJAYA kerana aku lost 1kg dalam masa seminggu sahaja! Yelah walaupun sikit tapi berbaloi lah kan. Aku tak sakit dan badan pun segar je. Sebab di samping meninggalkan makanan yang berminyak ni, aku juga minum air mencukupi dengan keperluan badan aku. Tak boleh juga lebih-lebih minum air putih sebab nanti kembung perut lain pula kan hahaha.

So, daripada hasil sedikit research yang aku buat, maka aku dapat simpulkanlah disini beberapa tips yang boleh kita amalkan :

1. Perbetulkan niat.

- Niat kena betul. Kita kurus kerana apa? Kalau sebab nak langgar perintah Dia baik tak payah. Biarlah kita niatkan kurus kita untuk mudah beribadah dan menjalani kehidupan dan kewajipan dengan baik. Kalau niat salah, kita akan sanggup buat apa sahaja walau diri merana. Kan tak baik gitu.

2. Minum air yang mencukupi.

- Benda ni cliché tapi aku nak cakap juga. Bila kita minum air yang cukup, kadar metabolism badan akan meningkat dan kita akan mudah buang air besar mahupun kecil. Semua sistem dalam badan pun lancar. Kita juga akan mudah kenyang. Muka pun akan berseri-seri dan jerawat malu nak tunjuk diri sebab air cukup!

3. Makanan berminyak kurangkan.

- Yang ni susah, but kita kena cuba. Bukan tak boleh, tapi kena kurangkan. Untuk hasil yang memuaskan anda.

4. Banyakkan berjalan kaki.

- Aku banyak berjalan kaki ke mana-mana. So mungkin ini antara penyebab juga. Dan anda semua selalu nampak Japanese people kurus-kurus kan? Teka sebab apa. Sebab nil ah. Diorang sanggup berjalan kaki ke mana-mana sahaja. Kalori terbakar badan pun cergas.

5. Exercise.

- Aku tiap petang naik turun tangga. Agak meletihkan, tapi peluh memang keluar. Selain tu, korang boleh lah jogging ka, berbasikal ka. Main bola ka. Depends atas kemampuan. Aku ni setiap petang busy. So nak tak nak itu je mampu. Kihkih.

6. Air manis kurangkan.

- Ni termasuklah aku. Aku suka minum minuman manis, tapi kan benda nil ah antara penyebab utama kita akan gemuk air. Berat badan tak pandai turun. So kena kurangkan dan paling bagus TINGGALKAN!

7. Makan Oatmeal

- Aku suka jadikan oat sebagai sarapan, so aku tak akan mudah teringat-ingat makanan time study or kelas. Aku jenis cepat lapar. Dengan cara ni, aku punya keinginan untuk makan lebih-lebih akan berkurangan. Tapi korang pandai-pandailah nak variasikan oat tu. Serius tak seberapa nak sedap tapi hasilnya memang wow! Tips ni pun aku dapat dari Kevin Zahri, seorang coach untuk Cabarankurus.com. Dia ni pun banyak bagi tips-tips berguna.




Setakat ni, ini je mampu aku nak share dengan korang. Hasil setiap orang sebenarnya berbeza. Ada yang mudah nak kurus dan begitu juga sebaliknya. Tapi kena berusaha dan disiplin tu kena ada. Jangan asyik skip saja. Mana nak berubah berat tu kan.

Anda boleh!
Eh jap! Sebelum aku lupa. Kat bawah ni ada beberapa link yang mungkin anda cari atau perlukan. So boleh la baca-baca kisah orang-orang yang betul-betul berusaha nak kurus dan untuk menambahkan semangat waja anda untuk stay kurus hehe.

Thanks sebab sudi baca. Nak komen apa-apa silakan : )


No comments: