Friday 18 April 2014

Seminar Motivasi Thalassemia

Assalamualaikum pembaca sekalian alam.
Hang hang hang. Tengah buat apa tu?
Last week, aku attended satu ceramah motivasi yang sedikit sebanyak memberi aku pengetahuan mengenai salah satu penyakit yang penghidapnya agak ramai di asia tenggara.
Actually, agak pelik juga mengapa ramai orang asia yang menjadi penghidap penyakit ni??
Serius, aku pun heran. 

Aku datang penuh harapan untuk menimba ilmu dekat dewan dan alhamdulillah kedatangan aku tak sia-sia.
Pihak penganjur menyediakan beberapa slot ceramah.
dan antara yang menarik perhatian SN ialah ceramah daripada salah seorang pesakit thalassemia yang telah BERJAYA!!
Mintak maaf la ye kalau ada pembaca blog ni yang penghidap penyakit ni. Aku nak cakap la yang first impression aku mengenai pesakit ni ialah mereka hidup sepanjang hari di hospital.
Tetapi rupa-rupanya, mereka juga boleh bekerja seperti orang lain, even though mereka ni terikat dengan ubat-ubatan and penambahan darah setiap bulan.
Kakak yang berjaya tu share pengalamannya sebelum berjaya.
Dia kata dia malas nak sekolah. Malas belajar. Dan segala-galanya malas. Taknak ambil tahu pasal study.
Namun , apabila usianya menginjak 10 tahun, doktor yang sering merawatnya berkata, "Lebih baik awak tak payah datang hospital. Tak payah tambah darah. Tak payah Injek segala. "
Dan kakak tu pun berfikir apa rasionalnya doktor itu berkata sedemikian.
Dan akhirnya dia kembali bersekolah.
Cabarannya bukan hanya terhenti disitu sahaja. Apabila dia telah tamat SPM , dia nak sambung study. Ibunya tak izinkan dia belajar jauh-jauh. 
So, dia ambil keputusan untuk sambung study form 6. 
Pointer nya tinggi dan dia ditawarkan untuk memasuki universiti. 
So, ibu dan ayahnya membenarkan dia untuk belajar di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang psikologi. 
dan kini dia telah menjad Pegawai Psikologi di Hospital Likas, Kota Kinabalu.


Nah kan? sesiapa pun boleh berjaya. Toksah putus harapan segala. Orang tak boleh sekat kejayaan kita selagi kita ada keinginan dan usaha untuk berjaya. Okeh habis topic si kakak tu.

Aku pun try la masa tu tengok sekeliling. Upps! Ada kempen menderma darah. Nak derma , takut pengsan . Tak cukup kekuatan untuk melihat darah yang berpain-pain. Ya lah kan, diorang bukannya ambil darah banyak pon. Dalam sepain jerrr. Tapi imaginasi aku yang lelebih. Takut pengsan la apa lah. So, aku ambil keputusan untuk hanya melihat keadaan sekeliling . Ceeeeeeze...





Semuanya bermanfaat. 


2 comments:

Farah Shahidah said...

huu..naj derma darah tapi tak past lagi..sedeh betol.bile la dapt derma..huu
anyway salam perkenalan =)

SAIDATUL NAZIAH said...

huhuhuhu. Biase :)

nI La nak blajar lagi ni.
Salam perkenalan Fasha !