Friday 25 January 2013

Syukran Jazilan SMKA TUN SAID

Assalamualaikum to u All semua :)
 Moga Semua sihat wal Afiat ..
Alhamdulillah syukur coz hari ni dapat juga UpDate Blog yang sudah berbau busuk@Hapok ni...
hope u all x bosan untuk entri kali ini ... tapi sebelum sy cerita dengan panjang lebar , saya mau ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH kpada semua umat Islam Di Malaysia n seterusnya Dunia...

okay,
mesti semua tertanya2, kenapa dan mengapa tajuk entri sy semacam ini kann?? (hahaha skema kejap!)..


macam ni,
dua hari yang lalu, yakni hari khamis, sekolah sya telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Antara pengisian sambutan itu ialah Forum dan penganugerahan tokoh Maulidur Rasul kepada seorang pelajar putera dan seorang pelajar puteri. panel-panel dalam forum tu ialah Pengetua sekolah sy sendiri, Ust.Azman Bin Yusof, Ustaz Melih Bidin dan sterusnya seorang Alumni SMATS iaitu Kak Halimatul Saadiah. Dan moderator kepada forum ini ialah ust. Abdul Hakim Sheikh Ahmad (Guru bahasa Arab sekolah saya).

hmm, selesainya forum tersebut, kami telah dihiburkan dengan alunan nasyid yang telah dipersembahkan oleh  kumpulan Cahaya Murni (Kumpulan Nasyid Sekolah). setelah selesai persembahan tersebut, tibalah masanya untuk diumumkan tokoh maulidur rasul 2013. So, tokoh Maulidur Rasul bagi pelajar Putera ialah Iskandar Zulkarnain Hj. Ramli. Sememangnya dia ni banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah. Tahniah Iskandar! teruskan usahamu!

Seterusnya,
Diumumkan juga tokoh bagi pelajar puteri . sy telah dimaklumkan tentang hal ini sehari sebelum majlis berlangsung. Sebenarnya, sy x banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah. tapi , saya sendiri tidak mengetahui dari aspek apakah pihak sekolah memilih saya sebagai tokoh Maulidur Rasul. tapi apapun, sy nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru SMATS sebab memilih sya pada tahun ini.

Cikgu,
doakn kejayaan saya dalam SPM. Jika saya pernah melanggar suruhan, peraturan sekolah, maafkn saya cikgu.. .. redhakanlah segala ilmu yang cikgu curahkan kepada saya dan rakan-rakan.



TERIMA KASIH SMKA TUN SAID!!!

3 comments:

Zafirah Ripin said...

tahniah. cikgu-cikgu ada sebab tu pilih miss jie jadi tokoh maulidurrasul. Perintis kak ana sama fahmie dan kak vivi kan?

SAIDATUL NAZIAH said...

haha.. makaseh banyak2.. mungkin jugak kan.. rindu ma kak ela :) jumpa nanti kuar result :)

Zafirah Ripin said...

InsyaAllah, doakan yang terbaik untuk kami pelajar SPM 2012. Nervous!